PANDUAN RINGKAS DAFTAR NIKAH ONLINE BAGI SPPIM DAN NCR
Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.
BORANG ONLINE SPPIM
Syarat-Syarat Permohonan:
1) Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika :
1.1) Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri
Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak;
1.2) Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM;
1.3) Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi
tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.
* Sila Baca Panduan Sebelum Mengisi Borang*
Panduan Ringkas Mengisi Borang Kebenaran Berkahwin Online
Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin Online – BNO SPPIM
Sebarang masalah berkaitan SPPIM bolehlah menghubungi talian Helpdesk SPPIM di 03 88707206 / 03 88707211
atau melalui: emel hdsppim@islam.gov.my;
atau terus menghubungi Jabatan Agama Islam Negeri / Pejabat Agama Islam Daerah.
BORANG ONLINE JAIS NCR
Syarat-Syarat Permohonan:
1) Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika :
1.1) Kedua-dua pemohon dari Negeri Selangor;
1.2) Salah seorang pemohon dari Negeri Selangor;
* Sila Baca Panduan Sebelum Mengisi Borang*
Prosedur Permohonan Perkahwinan Lelaki dan Perempuan
Panduan Ringkas Mengisi Borang Kebenaran Berkahwin Online – NCR JAIS
Daftar Online Permohonan Nikah – JAIS NCR ONLINE
SENARAI JABATAN AGAMA ISLAM DI MALAYSIA
Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.